ok...gua tau yang gua sejak mengidap penyakit pemalas ni...gua biarkan blog gua bersawang. tapi kali ni, gua bertekad tuk takkan bermalasan lagi tuk menaip...oleh itu, gua mau reramai membaca entry gua yang gua rasa nak kongsikan ngan korang :)
Mengundang
Mengundang. Perkataan lama tetapi telah diberi nafas baru oleh budak-budak urban zaman skang ni. Mengundang digunakan untuk mengambarkan sesuatu keadaan yang hampeh, buruk serta haramjadah (telah lari jauh dari makna asal).
Wa tak tau apasal dorang boleh amik perkataan mengundang tu untuk dijadikan perkataan untuk kutuk serta mengumpat orang. Sebagai contoh :
1) Bro, lu tangok brader tu punye kete, gile mengundang. Ape kejadahnye gi tampal stiker-stiker mat arghip kat kete die.
Tau takpe, ade ke gi tampal stiker Liverpool, baik tampal stiker Felda United. (Abis wa kene dengan Awi jap lagi)
2) "Mengundang gile weih dressing minah tu" kata Jijah kepada rakan sepejabatnya ketika mereka sedang lepak minum di Starbuck Bangsar Village.
3) Dengan hati yang terbuka, Karim telah membuat pengakuan kepada bapanya yang juga peminat setia Yabang Jinbara bahawa lagu kumpulan Jinbara sumanya mengundang.
4) Jamal dan Linggam sedang berjalan-jalan di pasar malam. Tetiba Linggam terdengar lagu hindustan sebab ade brader jual keset pasang kuat-kuat (untuk tujuan promosi kedainya). Linggam pun tanpa membuang masa, terus joget ala-ala Shah Rukh Khan seperti dalam cite Dil To Pagel Hei.
Jamal pun terpaku melihat aksi mengundang membernya itu. Sambil berkata-kata dalam hati, "serius wa insaf gi pasar malam dengan si Linggam ni".
Petikan dari novel Bibir Mu Bibir Ku Jua karya Lumut Merajuk Ke Auukland
5)" U ingat pesanan i ek, jangan wat perangai mengundang time depan mak i nanti." Pesan Khairudin kepada aweknya.
"Eleh, u tu dulu, bole kentut depan ayah i aritu. Lagi mengundang perangai u tu." Balas aweknya.
Lalu Khairudin terdiam sambil tahan kentut kerana pada awalnya Khairudin bercadang untuk kentut. Tetapi apabila aweknya sound camtu, terus terbantut hasrat Khairudin. Kesian Khairudin.
Di atas adalah beberapa contoh pengunaan perkataan MENGUNDANG.
So ape yang wa nak sampaikan kat sini? Wa pun ta tau.
Sekian.
No comments:
Post a Comment