Thursday, August 19, 2010

B A N G A N G !

ok...rasanya dah lama aku tak memaki orang dalam blog aku ni kan? lately ni all my entries are about being bored me... just plain amer. tapi harini aku rasa cam nak memaki orang :) (wahhh...gerunnye)

ok this is the story, aku rasa semua manusia yang tau main intenet ni mesti ada facebook account kan? yelah, mak aku yang dulunya buta IT pon dah ada account FB ni, lagi lah orang lain...bukan takat my mum jek, my granny pon ada tau! jangan memain penangan FB ni! aku rasa, tok penghulu kampung boyan orang asli pon dah ada account FB ni, maybe dia lagi advance...pakai twitter and ber tweet ngan najib bertanyekan jenis hairspray apa yang si bininya guna coz rambut tetap maintain camtu je walaupun tsunami melanda. ok...cam dah lari tajuk ke politik plakkan? erm...abaikan!

ok, nak dijadikan cerita...yang aku MELUAT nak muntah hijau ni...about manusia yang ada FB account ni....OK, aku tau kau ada FB account, and ko upload pic ko pi shopping sana sini...and perlu ke anda meng'tag' aku dalam sume gambar kau tu? kalau satu xpe gak... ni hampir sume pic kau kat dalam ni... yang xde kena mengena ngan hidup aku mahupon ngan sistem libido aku time aku layan blue atau nyanyi lagu wonder girls, nobody tu....ok, lari tajuk lagi...abaikan!

dah jenuh aku nak remove tag satu-satu kat pic ko....hampeh tol! ni takat ko shopping kat Zara and Topshop, ko nak tag semua manusia yang kat dalam friendlist ko supaya diorang sume tau yang kau baru beli sehelai baju jenama TopMan shirt yang berharga RM69.90 and buy 1 free 1 tu...tolong lah!!! pastu buat semak kat notification aku sampai 52391933468 new notifications! underwear renoma aku lagi mahal kot harga dia...tp ada aku tag ko kat gambar underwear aku? takdekan?

adoiyai!!

apa dah jadik kat dunia ni? yang lagi mengkonfiuskan aku....ada plak tu yang siap tulis..."Wah, baju baru Topman, kagumnya...saya nak!!!" and ada plak mangkuk yang tulis..."Saya juga"! Aduh, bertambah panjang bulu lutut aku membaca! damn!! Lainlah kalau ko pi pavilion tu ko beli sehelai baju Lacoste yang polo shirt bangang dia berharga minimum RM900 tu ke, atau ko beli satu kedai TopShop atau macpro yang harga RM12K tu ke...baru la berlendir aku nak tengok and comment! jahanam la kalau semua orang perangai camni!

haish!

Saturday, August 7, 2010

MENGUNDANG !

ok...gua tau yang gua sejak mengidap penyakit pemalas ni...gua biarkan blog gua bersawang. tapi kali ni, gua bertekad tuk takkan bermalasan lagi tuk menaip...oleh itu, gua mau reramai membaca entry gua yang gua rasa nak kongsikan ngan korang :)

Mengundang

Mengundang. Perkataan lama tetapi telah diberi nafas baru oleh budak-budak urban zaman skang ni. Mengundang digunakan untuk mengambarkan sesuatu keadaan yang hampeh, buruk serta haramjadah (telah lari jauh dari makna asal).

Wa tak tau apasal dorang boleh amik perkataan mengundang tu untuk dijadikan perkataan untuk kutuk serta mengumpat orang. Sebagai contoh :

1) Bro, lu tangok brader tu punye kete, gile mengundang. Ape kejadahnye gi tampal stiker-stiker mat arghip kat kete die.

Tau takpe, ade ke gi tampal stiker Liverpool, baik tampal stiker Felda United. (Abis wa kene dengan Awi jap lagi)

2) "Mengundang gile weih dressing minah tu" kata Jijah kepada rakan sepejabatnya ketika mereka sedang lepak minum di Starbuck Bangsar Village.

3) Dengan hati yang terbuka, Karim telah membuat pengakuan kepada bapanya yang juga peminat setia Yabang Jinbara bahawa lagu kumpulan Jinbara sumanya mengundang.

4) Jamal dan Linggam sedang berjalan-jalan di pasar malam. Tetiba Linggam terdengar lagu hindustan sebab ade brader jual keset pasang kuat-kuat (untuk tujuan promosi kedainya). Linggam pun tanpa membuang masa, terus joget ala-ala Shah Rukh Khan seperti dalam cite Dil To Pagel Hei.

Jamal pun terpaku melihat aksi mengundang membernya itu. Sambil berkata-kata dalam hati, "serius wa insaf gi pasar malam dengan si Linggam ni".

Petikan dari novel Bibir Mu Bibir Ku Jua karya Lumut Merajuk Ke Auukland

5)" U ingat pesanan i ek, jangan wat perangai mengundang time depan mak i nanti." Pesan Khairudin kepada aweknya.

"Eleh, u tu dulu, bole kentut depan ayah i aritu. Lagi mengundang perangai u tu." Balas aweknya.

Lalu Khairudin terdiam sambil tahan kentut kerana pada awalnya Khairudin bercadang untuk kentut. Tetapi apabila aweknya sound camtu, terus terbantut hasrat Khairudin. Kesian Khairudin.

Di atas adalah beberapa contoh pengunaan perkataan MENGUNDANG.

So ape yang wa nak sampaikan kat sini? Wa pun ta tau.

Sekian.